Kenali Taman Burung Labuan
Taman Burung Labuan pada mulanya dicadangkan oleh mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pada waktu itu merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 sebagai menjana industri pelancongan di Pulau Labuan yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara Laut Cina Selatan.
Pembinaan taman ini bermula pada tahun 1995 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1997. Taman Burung Labuan dibuka untuk pengunjung dan pelancong pada tahun 1999 dan taman ini telah dirasmikan pada 04 Ogos 2003 oleh Bekas Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia iaitu, Y.B. Dato’ Seri Haji Mohd. Sharif bin Haji Omar.
Lokasi
Taman Burung Labuan:
Taman ini terletak di utara Pulau Labuan, iaitu jarak
dari pusat bandar kira-kira 16 km dan mengambil masa kira-kira 15 minit dengan
menaiki kenderaan melalui jalan darat.
Misi Taman Burung Labuan:
Mewujudkan
sebuah taman burung sebagai pusat pemuliharaan unggas-unggas Borneo dan Tropika
yang terunggul di dunia.
Objektif Taman Burung Labuan:
1. Pusat pameran unggas Borneo, Tropika dan
Eksotik
2. Pusat penyelidikan dan latihan
3. Pusat pemuliharaan unggas
4. Pusat pembiakan dan pengeluaran unggas
5. Meningkatkan kefahaman dan apresiasi dan cinta kasih masyarakat kepada
keindahan keunikan unggas
6. Mengekalkan
konserasi khazanah hutan dan kelestrian unggas Borneo dan Tropika.
Konsep Taman Burung Labuan:
Taman
ini berkonsepkan “ walk in aviary ” di
mana unggas-unggas di lepas bebas di dalam tunnel dan dome. Juga terdapat
unggas-unggas ditempatkan di dalam sangkar-sangkar mini, iaitu untuk unggas
yang agresif dan juga ada unggas-unggas yang dilepas bebas di kawasan taman.


No comments:
Post a Comment